KENAPA TAK SIASAT SAMPAI MATI?

BIL PERCUTIAN KHIR TOYO
nota:
kalau ini ahli pkr
atau yb pakatan jamin
akan disiasat sampai mati

sampai bila kita mesti menerima gerombolan
sampai bila kita mesti kena tipu
selama 53 tahun kita hidup dengan malapetaka

palestin ada nakba 1 may 1948 bila iareal ditubuh
kita ada malapeta bemrula pada 31 ogos 1957 [TT]
Read More...

Rakaman Tsunami Ke-2 Yang Melanda Jepun

Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.

Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 mil sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.


Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.


Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.


Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.

Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.

Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik. - [ROS]


Fortran@
dunia dah semakin tua
zina bermaharajalela
fitnah setiap saat
saksi palsu bersepah
bina masjid pon untuk bermegah
perempuan macam lelaki
dan banyak lagi tanda-tanda yang dah berlaku sekarang
sediakah kita?
Read More...

SPR Tak Layan NGO

SPR tak layan NGO mahu jadi pemantau bebas

“Mungkin juga Pilihan Raya Negeri Sarawak ini adalah tugas terakhir Mafrel. Mereka merayu kami peluang kedua selepas sebelum ini dalam beberapa siri pilihan raya kecil pun, Mafrel tidak menghantar laporan bertulis pemantauan yang termaktub dalam syarat. “ Ini peluang kedua kepada Mafrel dan jika mereka gagal mematuhi peraturan ditetapkan, kami tidak akan melantik lagi mereka sebagai badan pemantau.

“Mafrel adalah satu-satunya pertubuhan yang kita lantik bagi memantau pilihan raya, tetapi mereka tidak boleh mengambil tindakan melebihi apa yang sudah ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, tugas hakiki Mafrel adalah memantau pilihan raya sebagai badan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana dan kemudian menghantar laporan bertulis pemantauan itu kepada SPR untuk tindakan lanjut seperti ‘bedah siasat’

Beliau berkata, NGO lain yang mahu menjadi pemantau pilihan raya negeri boleh bekerjasama dengan Mafrel.

“SPR akan mengadakan perjumpaan dengan Mafrel esok (hari ini) bagi memberi taklimat berhubung pilihan raya ini, mengikut syarat ditetapkan mereka tidak boleh memihak kepada mana-mana parti politik kerana kami mahukan badan pemantau yang bebas.

“Mereka juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan media serta perlu menghantar laporan kepada SPR,” katanya.

SPR menetapkan 18 syarat kepada Mafrel selaku badan bebas memantau pilihan raya di negara ini bermula pada Pilihan Raya Umum 2004..[SETERUSNYA]


Fortran@
kahkahkah
spr nak ajar orang supaya tak berpihak
tapi diri sendiri jadi kuda tunggangan umno bn
bukan setakat nak ajar
siap bagi syarat
kalau sikit tak apa, ni sampaikan 18 syarat
yang rakyat minta cuma 4 je
takkan tak boleh 
dah banyak kali rakyat minta 
jangan sampai peluang yang rakyat bagi ni ditutup
nanti menyesal kemudian hari. kahkahkah
Read More...

Jalan Menuju Kejayaan


Apa yang anda fikirkan ketika anda mendengarkan perkataan ORANG BERJAYA (Sukses)????

Apakah harta yang berlimpah ruah tujuh keturunan makan tak habis???

Apakah dengan memiliki banglo semi-D ???

Apakah dengan memandu kereta mewah ???

Apakah memiliki kapal peribadi ???

Apakah dengan mempunyai jawatan yang tinggi dan memiliki kuasa?

atau memiliki banyak perniagaan ???

Hmmmmmm apakah itu berjaya yang ada dalam fikiran anda ?


Seorang tua di kampung yang selalu berjemaah di surau dengan menaiki basikal tua, kita nampak beliau seperti miskin, naif dan tidak berjaya tetapi mungkin dia telah mencapai kejayaan yang dia impikan.

Berjaya itu TIDAK dinilai dari APA YANG KITA DAPATKAN,orang yang memiliki segalanya BELUM TENTU memiliki KEBAHAGIAAN sebenar!

Apa anda tahu perniagaan-perniagaan besar di Malaysia itu mempunyai hutang yang banyak?

Boleh dikatakan SEMAKIN PERNIAGAAN ITU BESAR,MAKA SEMAKIN BESAR PULA HUTANGNYA !

Hmmmmm bukankah orang yang MEMILIKI hutang adalah ORANG YANG SENGSARA ?

Apakah orang yang memiliki JAWATAN tinggi dia bahagia ?

Bukankah kadang-kadang Boss-boss selalu MARAH-MARAH kerana dia STRESS memikirkan PEKERJAANNYA ?

Apakah dia BAHAGIA dengan kejayaanNYA ?

Apakah dia puas akan apa yang telah di capainya ?

Hmmmmmm menarik bukan ??

“Berjaya adalah situasi dimana anda telah sampai pada TUJUAN anda dan TUJUAN anda bukanlah sebuah kejayaan melainkan HASIL dari PERJALANAN anda menuju KEJAYAAN”
banyak cara kita untuk meraih kejayaan kerana kita sebagai manusia di tuntut untuk selalu BERUSAHA agar mendapatkan sesuatu !

tapi BERUSAHA saja tidak CUKUP kerana selain BERUSAHA kita juga HARUS BERDOA.

Di dalam agama kita menuntut untuk boleh menjadi MANUSIA yang KREATIF,INOFATIV,dan AGRESIF [dalam hal yang positif tentunya] agar kita boleh menjadi manusia yang memiliki banyak IDEA cemerlang MERAIH kejayaan itu !

Namun ramai yang KURANG SABAR dalam MENJALANI apa yang dia lakukan,disitulah kesalahan kita dalam meraih kejayaan !

Cuba kita ibaratkan kejayaan adalah tujuan kita dan kenderaan kita adalah usaha kita !

Bukankah sebelum mencapai tujuan kita harus memanaskan kenderaan kita terlebih dahulu ?

Kemudian bagaimana dengan on the way there ???

Kita sedari bukankah TIDAK ADA JALAN LURUS MENUJU DESTINASI ? Kita menempuh jalan yang berlubang, menghadapi kesesakan jalan raya dan perlu berhenti di traffic light dan belok kiri belok ke kanan.

Ya begitulah sebuah kejayaan,tidak ada JALAN LURUS menuju kejayaan terkadang kita perlu merempuh fasa dimana kita di uji dari bawah !

Namun dari situ TUHAN menguji kita,berapa kuat kita dan berapa sabar kita menghadapi dan melewati jalan yang rosak [kesulitan] !

Lalu bagaimana menghadapinya ?

Bukankah semasa kita memandu cara terbaik melalui jalan rosak tersebut adalah dengan cara, perlahankan kenderaan kemudian LANGGAR saja DAN NIKMATI PERJALANANmu ???

Ya NIKMATI itu,pahit manis kehidupan adalah sebuah PERJALANAN kita dalam MERAIH apa yang KITA INGINKAN !

tapi HALANGAN terbesar dalam meraih kejayaan ada PADA DIRI KITA sendiri !!!!

Mengapa ???

Kerana kadang-kadang kita malas UNTUK BERCITA-CITA !!!!

Bukankah ramai orang berjaya di dunia ini berhasil kerana BERANGAN ?????

Ya BERANGAN itu adalah rahsia berjaya para jutawan di dunia ini !

Namun bukan itu saja,halangan lain adalah perasaan MALAS dalam diri kita !!!!

Ini yang harus di hadapi dan dilawan,perasaan yang ada dalam diri setiap MANUSIA,mengapa ????

kerana MALAS itu adalah MEREHATkan !!!!

Kita sudah terbiasa MALAS dan MALAS itu SERONOK !!!!

Duduk dan jadi orang dungu saja bila anda MALAS ,bahkan MALAS untuk BERCITA-CITA atau MALAS untuk BERDOA kepada TUHAN !!!!

Kita menyedari bahawa MALAS adalah perbuatan yang SIA – SIA,bukankah perbuatan SIA – SIA adalah perbuatan SYAITAN ????

Kesimpulannya adalah MALAS itu sifat SYAITAN bukan SIFAT MANUSIA.

Setelah kita siap untuk melangkah,lakukanlah LANGKAH PERTAMA !!!

Ramai orang GAGAL di langkah ini,bukankah lebih SUKAR MEMULAKAN dari pada MENJALANKAN ?

“MUSTAHIL KITA BERJALAN BERIBU-RIBU KM TANPA LANGKAH PERTAMA,DAN PERJALANAN BERIBU-RIBU KM DI MULAKAN DARI LANGKAH PERTAMA,KEDUA,KETIGA DAN SETERUSNYA”
Setelah kita berani melangkah kita harus mempersiapkan MENTAL untuk MENGHADAPI apapun dan jangan pernah RAGU ataupun TAKUT !!!!

Kerana KETAKUTAN SESUNGGUHNYA ada pada DIRI SENDIRI bukan yang di luar sana !

“No matter whats going to happen JUST DO IT”
selalu bertekad dan menghadapi setiap apapun yang di hadapi adalah UJIAN dan CUBAAN dalam MERAIH HASIL yang MAKSIMA !

Bukankah sewaktu kita SEKOLAH dulu selalu ada UJIAN di setiap SEMESTER supaya kita boleh naik kelas dan lulus ????

Ya seperti itulah kehidupan !

Setelah kita melewati itu semua,NIKMATI HASILNYA dan TETAP BERUSAHA !

LAKUKAN ITU SEMUA DENGAN IKHLAS dan TABAH !

LAKUKAN DENGAN SEPENUH CINTA TANPA PAKSAAN UNTUK KEJAYAAN YANG ANDA IMPIKAN. - [IH]
Read More...

PAS Harus Bertaubat

Nik Aziz perlu tonton video 

"Kita tunggu sahaja hasil siasatan polis, jika mendapati lelaki itu adalah pemimpin berkenaan, Pas perlu membuat keputusan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana selagi berada dalam gabungan itu, imej Pas sebagai parti memperjuangkan Islam akan tercemar dan dipandang hina ahli serta penyokongnya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Beliau berkata, Pas sepatutnya menerima hakikat parti itu tidak boleh berada dalam gabungan dengan DAP dan PKR kerana sejak wujudnya PR, banyak cemuhan dilemparkan terutama ketika pemimpin itu menyokong apa sahaja kehendak atau desakan pemimpin DAP. 

Menurutnya, beliau mencadangkan ahli Pas beramai-ramai mendesak pemimpinnya keluar PR dan tidak memberi sokongan kepada pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Putrajaya itu. 

"Belum terlambat untuk Pas bertaubat dan meninggalkan rakan gabungannya dalam PR, kerana tindakan itu dilihat sebagai langkah bijak dalam membersihkan nama parti itu daripada terus dicemuh dan tercemar. 

"Sebagai umat Islam, kita tidak perlu malu. Berundur daripada gabungan itu, Pas tidak perlu berasa malu, malah jika menjadi kenyataan, Pas akan dianggap sebagai wira dan lebih dihormati," katanya.. [SETERUSNYA]


Fortran@
kahkahkah
tak perlu hantar wakil
upload je video tu kat youtube. kahkahkah
rakyat nak tahu siapa pelakon
nak tahu jalan cerita
nak tengok aksi macam mana. kahkahkah
lagi pon tak salah siar video lucah ni
bukan nak cari keuntungan wang pon
hanya nak dapatkan  kepastian
belum terlambat untuk Pas bertaubat. kahkahkah
sebagai umat Islam, kita tidak perlu malu. kahkahkah
cuba baca SINI dan SINI
selanjutnya google sendiri.
Read More...

Malaysia Hantar Pakar Untuk Buat Kajian Di Loji Nuklear Fukushima

Kelab Putera pastikan misi berjaya

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan misi selama seminggu itu berjaya.

Antara langkah itu termasuk membawa dua pakar nuklear dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), 15 doktor pakar perubatan, kecemasan dan pengurusan bencana serta peralatan mengukur tahap radiasi bagi memastikan semua 50 sukarelawan dan wakil media yang menyertai misi kali ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.[SETERUSNYA]


Paras radiasi terlampau di reaktor Fukushima

Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.

Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO. [SETERUSNYA]



Fortran@
kahkahkah
lawak nak mampos si azeeez ni
kat radioaktif pon takut
sampaikan pakar bawa pergi sekali
kata pejuang ketuanan eee. kahkahkah
si azeeez ni sebenarnya ke jepun nak buat kajian
kajian kesan radioaktif terhadap golongan eee umno yang mengaku melayu
mana tau kot-kot bila terkena radioaktif 
genetik eee bertukar menjadi genetik melayu. kahkahkah 
jadi tak payah lagi nak putar belit untuk tipu melayu. kahkahkah
yang gua pelik kat golongan umno bn tentang nuklear ni
mereka beria-ia nak kan nuklear
tapi takut nak mampos bila dengar radioaktif
mereka tahu kat dalam pinggan mereka tu racun
apasal mereka bangang sampai ambil telan racun tu
Read More...

Fitnah: Senjata Tertua di Dunia

1. Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya. Firman Allah swt :

و الفتنة أكبر من  القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا

dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Surah Al Baqarah Ayat : 217

2. Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalah pembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].

3. Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnah. Nabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang - orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya. Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]

قال رب السجن أحب إلي مما يدعونني إليه

Ia [ nabi Yusuf as ] telah berkata : Tuhanku , Penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya

Surah Yusuf. Ayat 33

4. Senjata fitnah sebagai senjata yang tiada nombor siri ini terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman Nabi kita Muhammad saw. Apabila Isteri Nabi saw, Aisyah rha. difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mua'attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan sehingga sebahagian sahabat Rasulullah saw mencadangkan agar Nabi saw menceraikan sahaja Aisyah rha sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Malah Nabi saw diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira - kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah saw dari belenggu fitnah yang direka.

5. Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.

6. Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.

7. Malah kuasa besar dunia sekalipun lengkap dengan segala kekuatan tentera dan senjata, demi menjayakan misi penaklukan mereka ke atas negara - negara lain turut menggunakan fitnah bagi mencetus huru hara dan perang saudara serta pergolakan politik dalaman sebelum mereka menjadi "super hero" yang datang kononnya untuk misi menyelamat dan damai.

8. Dunia disepanjang zaman diletakkan dalam persaingan dan pertarungan fitnah. Manusia walaupun baik, lebih - lebih lagi manusia buruk memang berpotensi untuk menjadi mangsa senjata fitnah ini. Namun kebiasaannya manusia yang jahat [faajir] akan menggunakan senjata ini untuk diacu kepada lawannya. Justeru manusia yang baik [soleh] sekali - kali tidak akan bermain dengan senjata tanpa tuan ini.

9. Bukan sahaja individu akan derita sebaik sahaja terkena kesan radiasi fitnah ini, malah rumahtangga akan runtuh, masyarakat akan huru hara, negara akan binasa malah dunia hilang pertimbangan. Jika dunia mengutuk sekeras - kerasnya mana - mana negara yang membina dan menggunakan senjata nuklear kerana menyedari kesan buruknya, maka saya kira dunia wajar mengutuk berganda kali penggunaan senjata fitnah yang membawa kesan buruk dan dahsyat berlipat ganda.

10. Bagi kita ummat Islam malah juga perlu diambil iktibar [pengajaran] oleh non muslim akan nasihat dan panduan nabi kita Muhammad saw dalam menghadapi zaman penuh fitnah, krisis dan konflik ini. Terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa fitnah tanpa mengira apa tujuan atau objektifnya, wajar sekali menghayati wasiat dan pedoman Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw :

أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة و إن تأمر عليكم عبد فأنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ و أياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah swt dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf [ krisis, konflik dan fitnah ] yang begitu berleluasa , maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah swt dan hendaklah genggam sunnah itu seerat - eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta [ dalam urusan agama kamu ] adalah sesat.

Hadis riwayat : Abu Dawud dan at Turmuzi dan katanya Hadis ini Hasanun Sohih.

Penutup : Hanya taqwa serta keiltizaman kita kepada syariat dan sunnah Rasulullah saw akan menjadi perisai berkesan dalam menghadapi peluru fitnah dan kesan radiasinya. Meskipun fitnah itu melanda diri dan keluarga kita, insyaallah ketaqwaan akan menjadikan kita mendapat lindungan Allah swt dan kita berjaya mengatasinya dengan jaya.

Bersabarlah insan yang terfitnah dan semoga mereka yang menabur fitnah mendapat petunjuk Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, memohon ampun dan diredhai Allah swt.

Salam dari Lembah Multazam
Masjidil Haram Makkah Al Mukarramah.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Read More...

MP Dihalang Dari Jumpa Najib

Perdana Menteri melawat Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat.

Er mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, Er mengungkit masalah dihadapi oleh penduduk Muar. 

Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan pada masa terdekat.

Namun begitu, pengawal peribadi PM menghalang Er daripada mendekati PM. Er ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka. Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya.

Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat. Ini kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri mengemukakan masalah penduduk kepada PM, tetapi kedatangannya dihalang oleh pengawal peribadi PM. Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini, bagaimanapun pula rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM?

Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka. Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat. 

Kebiasaannya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? 

Sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut. Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruh negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM.

Berikut adalah kandungan memorandum tersebut:


Fortran@
kahkahkah
siap buat program lagi
kata nak dengar masalah rakyat
rakyat didahulukan
ini bukan rakyat bawahan macam gua yang nak jumpa najib
tapi wakil rakyat
lagi pon dia bukan nak buat apa-apa pon kat najib
sekadar nak serahkan kertas je
kecuali lah dia bawa pisau nak tikam najib. kahkahkah
kalau bawa pisau memangl patut dia dihalang
rakyat bawahan macam gua ni nak jumpa najib? 
mampos hidup balik pon tak pasti boleh jumpa atau tidak
cuba perhati orang kat sebelah kiri sekali
macam tak puas hati je. kahkahkah
Read More...

MRT- Kerajaan masih tak belajar dari kesilapan lama?

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”. Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.

Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.

Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.

Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.

Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.

Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.

Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.

Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.

Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?


Dr Zulkefly Ahmad
Read More...

MAFIA DAN POLITIK

Bila sebut je mafia, gangster, along dan lain-lain yang sewaktu dengannya terbayang kat kepala kita yang mereka ni jahat.. Tak semestinya mereka ni semuanya jahat.. Mereka pun manusia macam kita semua, ada sifat kasihan belas, kemanusiaan dan lain-lain kecuali lah mereka ni ada sejenis sifat gila nak mampos.. hehehe

Kalau tak percaya boleh rujuk SINI.. 


Yang jadi masalahnya sebenarnya 'kita'. 'Kita' yang gua maksudkan contohnya macam ni. 'Kita' ada pinjam duit dengan along, dah siap saing perjanjian tapi kita langgar perjanjian tu.. Gua ingat korang boleh faham apa yang gua maksudkan dengan 'langgar perjanjian'.. Dan begitu jugak lah dengan bank, kalau kita tak dapat bayar pinjaman bank.. Apa yang mereka akan lakukan.? Mereka akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan semula duit mereka yang kita pinjam tu.. Kat sini yang membezakan along dan bank adalah.LESEN..

Begitu jugalah dengan mafia atau gangster.. Biasanya yang kita selalu dok dengar mafia dan gangster ni terlibat dengan pengedaran dadah ataupun berebut kawasan.. Ini kawasan gangster A dan ini kawasan gangster B.. Bab dadah, kalau jual dadah ni ada LESEN macam judi, benda ni takkan jadi masalah.. kahkahkah.. Mari kita tengok "kawasan" pula.. Semakin luas penguasaan sesebuah kumpulan gangster ni semakin banyak income dan pengaruh yang mereka dapat..

Paling mudah untuk kita tengok adalah PAS.. Dulu Kelantan satu-satunya negeri dibawah pemerintahan PAS.. Gua yakin setiap minggu mesti ada ceramah, dan setiap ceramah mesti ada derma.. Dan duit derma ni akan digunakan untuk PAS melebarkan pengaruhnya dinegeri-negeri lain.. Negeri lain susah bro nak buat ceramah masa tu.. Jadi semakin banyak negeri yang PAS dapat semakin banyak income dan pengaruh yang mereka dapat.. Cuba lihat apa yang berlaku sekarang.. Gua harap korang faham.. kahkahkah

Kat bawah ni gua cuba bandingkan kumpulan mafia dengan parti politik.. Kalau korang nak terima, terimalah, kalau tak nak abaikan.. kahkahkah.. 

  1. Mafia cari pengaruh dengan cara kekerasan, bergaduh etc manakala parti politik menghasut (boleh didakwa bawah akta hasutan.. kahkahkah).. Samaada menghasut dengan perkara yang betul atau tidak itu tak penting.. Yang mana satu ada telor? kahkahkah
  2. Mafia dapat income dengan cara wang perlindungan, jual dadah dan lain-lain (tak ada lesen dan paksaan) manakala ahli politik dapat income dengan cukai, saman dan lain-lain (ada lesen dan paksaan).. Rembat duit rakyat dengan cara bersih..
  3. Mafia tak suka bermain dengan kata-kata(dalam kebanyakkan cerita yang gua tengok.. kahkahkah) manakala ahli politik sebaliknya..
  4. Mafia boleh bunuh atau zalimi orang (tak ada lesen) manakala parti politik yang memerintah pun boleh zalim dan bunuh orang.. (ada lesen)
  5. Lain-lain korang bandinglah sendiri..
Dengan ini, yang membezakan mafia dan parti politik adalah LESEN.. Kalau takda LESEN dah lama ahli politik kat dunia tak jadi ahli politik.. LESEN parti politik adalah demokrasi.. 
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint