KAMPONG BARU HARGA DAN NILAINYA

  • Friday, October 21, 2011
  • by
  • Prolog
  • Pembaca yang budimana – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan tv kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

    Kenyataan Pak Menteri Islam ini amat tepat. Para Menteri Melayu Islam ini memang tahu harga yang betul. Kita diberitahu bagaimana harga tanah di Jalan Raja Alang hanya 2 ringgit untuk satu kaki persegi berbanding dengan 2000 ringgit di Jalan Pudu. Ini adalah kenyataan saheh. Kenyatan yang tidak boleh kita pertikaikan keafdalannya. Jelas, kenyataan Menteri Melayu Islam ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dia bijak dan kita semua bodoh.

    Kita dianggap bodoh kerana menentang status Kampong Baru. Kita bodoh kerana kita berkempen menentang rang undang undang Kampong Baru yang ingin diluluskan oleh parlimen. Kita dianggap bodoh kerana menentang rang undang-undang yang membolehkan tanah Kampong Baru dijual dipasaran terbuka. Malah sesiapa sahaja yang tidak tahu harga tanah Kampong Baru di pasaran terbuka akan dimasukkan ke dalam kumpulan OBKG – Orang Bodoh Kampong Baru.

    Sayugia diingati , para Menteri-Menteri Malayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

    Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Disini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini.

    Menteri Melayu Islam ini telah berbuah-buih mulut menyatakan betapa stratejik letaknya tanah Kampung Baru ini. Tanah seluar 123 hektar yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur ini akan menjadi hempeh kalau tidak dijual ke dalam pasaran terbuka. Malah menurut Menteri Melayu Islam ini tidak ada tanah sestratejik ini akan ditinggalkan oleh sesiapa yang waras otaknya tanpa dijual untuk dijadikan modal. Tanah seluas ini jika tidak dibangunkan maka akan memperlihakan kebodohan Orang Melayu yang gagal dalam perjuangan untuk menjadi kaya.


     Disini biar saya bangangkan Menteri Melayu Islam yang suka menipu Orang Melayu ini. Ucapan dan kenyataan Menteri Melayu Islam ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenyataan ini ‘diterima’ untuk dijaja kepada Manusia Melayu kerana selama ini Manusia Melayu telahdibonsaikan akal fikrah mereka. Otak bonsai ini telah dipaku pula dengan budaya feudal. Otak bonsai dan budaya feudal adalah campuran dua kimia yang telah berjaya melahirkan Manusia Melayu untuk menjadi Tukang Angguk. Otak bonsai tidak berkeupyaan untuk memiliki fikrah yang cerdas dan kritikal.

    Manusia Melayu ditipu dengan maklumat yang tidak lengkap. Betul tanah Kampong Baru stratejik letaknya. Tetapi dalam dunia ini ada lagi tanah stratejik yang harganya berjuta juta kali ganda dari harga tanah Kampong Baru. Orang Melayu tidak diberitahu tentang wujudnya tanah-tanah kosong yang paling stratejik tetapi masih ditinggalkan kosong. Tanah tanah kosong yang hektarnya lebih luas dari tanah Kampong Baru masih tersadai kosong di London dan di New York.

    Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

    Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

    Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

    Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.


    Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

    Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

    Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

    Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.


    Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

    Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

    Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

    Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

    Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

    Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

    Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT)
    Read More...

    Angkasapuri Akan Dijual?

  • Sunday, September 4, 2011
  • by
  • Prolog
  • oleh: MSO

    BANGUNAN Angkasapuri yang terletak di Bukit Angkasa di Lembah Pantai/Kerinchi yang menempatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di atas tanah seluas 33 hektar bakal bertukar tangan tidak lama lagi apabila tanah itu akan dijual.


    Dari sumber-sumber tertentu memberi tahu proses penjulan Angkasapuri sedang dalam proses terakhir. Kawasan itu dijangka akan dimajukan untuk tujuan komersial.

    Sehubungan itu pusat penyiaran milik kerajaan sepenuhnya itu akan dipindahkan ke Putrajaya. Sebuah bangunan berhampiran PICC – Pusat Persidangan Antarabangsa Puteraraja dikhaskan untuk pusat penyiaran itu. Selepas ini radio dan televisyen Malaysia akan beroperasi di Putrajaya.

    Bangunan itu juga khabarnya akan menempatkan Kementerian Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan, di mana semua jabatan dan agensi kementerian itu akan ditempatkan di bangunan berkenaan.

    Tidak diketahui secara jelas kenapa tanah Angkasapuri seluas 33 hektar itu dijual? Sehingga ini menteri bertanggungjawab masih belum membuat apa-apa ulasan berhubung penjualan Angkasapuri.Adalah sangat diharap Rais Yatim yang merupakan menteri bertanggungjawab dapat memberi penjelasan lanjut.

    Penjualan tanah Angkasapuri itu akan menyaksikan satu lagi monumen sejarah dan mercu tanda negara ini akan hilang. Bangunan yang mempunyai sentimental value itu tidak akan kelihatan lagi dan secara tidak langsung penjualan itu menggambarkan RTM menghadapi masalah kewangan yang teruk.

    Bangunan Angkasapuri mulai dibina pada tahun 1966 dan siap dua tahun kemudian. Pusat penyiaran itu diberi nama Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
    Read More...

    Soalan untuk renungan anak pasca merdeka

  • by
  • Prolog
  • 1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

    2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

    NONE3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

    4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

    5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

    6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

    7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

    8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

    NONE9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

    10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

    11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

    12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

    13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

    14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

    15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

    16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

    tunku abdul rahman merdeka declaration 26100417. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

    18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

    19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

    20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

    21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

    22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

    may 13 riots 041004 police gauntlets23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

    24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

    25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

    26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

    27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

    communist insurgents in malaya 24060928. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

    29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

    30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

    31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

    32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

    33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

    34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

    35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

    36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

    37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

    NONE38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

    39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

    40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

    41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

    42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

    43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

    44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

    45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

    sabah independence 16 september 196346. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

    47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

    48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

    49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

    50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

    51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

    bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

    53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

    54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?
    Read More...

    MALAPETA 31 OGOS

  • Monday, August 29, 2011
  • by
  • Prolog
  • MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

    KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

    Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

    Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

    “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



    “Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

    Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

    Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

    “Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


    WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




    KOMENTAR TUKAR TIUB


    Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

    Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

    Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

    Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

    Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



    Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

    Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

    Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

    Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

    Apakah Onn Jaafar nasionalis?
    Apakah Tunku nasionalis?


    Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

    Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

    United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

    Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

    Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

    Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

    Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

    Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

    Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

    Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

    Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



    Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

    Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKANdipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

    Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin. [TT]
    Read More...

    NAKBA DAN MALAPETAKA

  • Wednesday, July 27, 2011
  • by
  • Prolog
  • SANG SAKA TANAH MELAYU

    NAKBA DAN MALAPETAKA

    Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini. 

    Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara. 

    Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

    Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

    Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

    Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

    Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

    Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

    Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

    Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British. 

    Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura.PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

    Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

    Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun. 

    Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

    British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

    Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera. 

    Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

    Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

    Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu. 

    Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

    Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

    Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

    Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

    Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?

    Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini. 

    Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

    Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

    Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

    Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

    Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

    Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

    Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

    Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (TT) 
    Read More...

    KULIAH FIKRAH KRITIKAL

  • Wednesday, June 22, 2011
  • by
  • Prolog
  • GAMBAR LADANG SAWIT


    nota:gambar ladang sawit ini hanya untuk hiasan sajatidak sangkut denganyang sedang hidup atau yang sedang mati





    POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH – berita hairan

    REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang.

    Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya.

    “Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu.

    “Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

    Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak.

    Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

    Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa. 


    FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA


    PENGENALAN
    berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan.

    kuliah ini mengambil contoh berita diatas:

    polis menembak mati 3 penjenayah asing –

    kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING?

    apakh asing ini warga sweden?
    apakah asing ini warga denmark?
    apakah asing ini warga norway?

    mustahil!

    asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah.

    juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh.

    jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini

    perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini.

    malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING

    berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING!

    ( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita)

    penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal?

    soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa?

    ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal.

    soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal.

    BERITA BAIK
    rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik!

    baca lagi:

    polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!!

    ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa?

    justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal.

    dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata :BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang.

    dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN.

    apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal?

    seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan.

    FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan.

    FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan.

    apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal :

    …. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah

    peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka.

    TERUS BACA:
    “Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

    ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini.

    syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo...

    rupa-rupanya ada 7 kes lain.

    awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah!

    lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ?

    menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia!

    KEMUDIAN:
    kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh.

    apa bahaya?
    bahaya macam mana?
    apa yang menimbulkan bahaya?

    kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul.

    OPPS…

    ….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh….

    KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh.

    nota:
    diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman

    EPILOK:
    takada pula dilaporkan rumah apa?
    rumah siapa yang gagal dipecahkan?
    rumah orang kaya mana?
    apakah cucu lim goh tong
    telah membuat rumah dalam ladang sawit ini?
    kah kah kah[TT]
    Read More...

    PERNIAGAAN BUMIPUTERA

  • Sunday, June 19, 2011
  • by
  • Prolog
  • CONTOH HADIAH UNTUK SUAMI NAJIB
    DEWAN RAKYAT: PENGGUNA PERSENDIRIAN TAK KENA CAJ E-MEL SATU MALAYSIA – berita hairan

    Bayaran dikenakan kepada firma swasta, agensi kerajaan 

    Najib Razak, berkata tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengguna persendirian untuk menggunakan perkhidmatan E-mel satu Malaysia.

    Perdana Menteri, berkata bayaran akan dikenakan kepada syarikat swasta ataupun agensi kerajaan yang menggunakan perkhidmatan itu, caj bergantung kepada bilangan e-mel dihantar.

    Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

    Loy Sian dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan berapakah kadar caj dibenarkan untuk penghantaran setiap E-mel satu Malaysia kepada rakyat.

    Menjawab soalan Loy Sian mengenai apakah kelebihan syarikat Tricubes Bhd dibenarkan menguruskan projek satu MY, Perdana Menteri berkata, ia (Tricubes) berjaya menunjukkan pelan perniagaan yang kukuh dan jelas.

    “Mereka juga disokong secara rasmi oleh syarikat gergasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu Microsoft. Lanjutan itu, Tricubes dibandingkan dengan tiga lagi syarikat yang menyatakan hasrat membangunkan perkhidmatan e-mel yang selamat dan kukuh. 

    “Tricubes adalah sebuah syarikat yang ulung dalam bidang keselamatan,” katanya

    NOTA:
    mari kita baca betul-betul berita ini
    jangan kena tipu
    memang betul isteri rosmah kata
    orang biasa tak kena bayar apa-apa
    tetapi syarikat swasta
    tetapi ajensi kerajaan
    akan di kenakan bayaran

    disinilah mat mongol menipu
    macam facebook berharga 1.8 juta ringgit
    macam lamam web harga barang berharga 1,4 juta ringgit
    semua ini adalah projek kroni

    mat mongol akan pastikan ajensi kerajaan paki e-mail ini
    mat mongol akan pastikan syraikat yang hendak beruruskan denagn kerajaan paki email ini

    kos bayan ini akan di kembali kan pada kita

    kenapa perlu ada email bodoh ini
    walhal email yahoo
    walhal email gmail
    walhal email hotmail
    semuanya percuma
    jelas ini ini projek untuk kroni

    sila siasat pasti mat mongol
    ada kepentingan dalam syarikat ini

    jamin 100% syarikat ini mestilah
    syarikat bumiputera yang haprak
    yang kerjanya bagi cadangan pada kerajaan
    untuk dapatkan projek


    CARA KERJA SYARIKAT BUMIPUTERA

    masuk jadi ahli gerombolan dulu
    kemudian tubuh syarikat dua ringgit

    cari anak
    cari bini
    cari kawan
    cari menantu
    ketua bahagian
    masukkan melaon ini dalam syarikat ini

    datang ke persidang gerombolan
    buat sibuk
    tunjuk muka
    kalau ada munkee pergi luar negeri datang ke lapangan terbang
    kalau munkee balik dari luar negeri datang sambut di lapangan terbang

    hari raya datang jumpa munkee cium tangan
    dimana munkee ada tujukkan muka

    kemudian
    hantarkan apa yang dipanggil proposal
    hantar kan cadangan untuk buat projek

    buat janji kalau dapat jumpa munkeee
    kalau nak persetujuan mat mongol
    wajib jumpa suami mat mongol
    kena deal dengan suami

    beli kan suami beg tangan
    belikan kain renda renda
    lagi hodoh lagi menjadi
    katakan projek ini ada %
    untuk beli bra
    untuk beli seluar dalam size xxxxx77974688
    atau jemput baik mama resmi sekolah anak ayam

    tunggu
    dan cari peluang cium tangan

    bila dengar projek nak lulus
    tukar kereta
    tukar bini
    bila projek lulus
    jumpa chukong
    kah kah kah
    kah kah kah
    kah kah kah

    inilah perniagan bumiputera
    kah kah kah

    inilah caranya kita dipaksa
    gunakan email bodoh ini


    NOTA:
    jangan sesekali buat silap
    hantar hadiah pil kuruskan badan
    kepada suami najib

    tetapi

    boleh sabotaj syarikat bumi yang lain
    yang cuba potong jalan
    hantarkan cd ziana zain pada suami najib
    dan gunakan logo syarikat dan alamat musuh ini
    jamin sabotaj men jadi
    kah kah kah
    [TT]
    Read More...

    Polisi dividen: Petanda UMNO-BN semakin kesempitan wang?

  • Friday, June 17, 2011
  • by
  • Prolog
  • GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.

    KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 - mengagihkan dividennya kepada pemegang saham.  Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.

    Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham.  Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih - untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.

    UMNO-BN paling dimanfaatkan

    Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.

    Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya.  Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.

    Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%).  Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.

    Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan.  Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.

    Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar.  Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun.  Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

    KUB dapat projek mega

    Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd.  Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun

    Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.

    Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun.  KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia.  Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.

    Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter train bernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

    Polisi dividen serentak pada tahun 2013?

    Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013.  Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.

    Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013.  Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013.  Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut "kerangka" ini.

    Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.

    Harta semakin kekosongan

    Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan.  Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya

    Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). 【Baca: Untung, tapi tak bayar dividen

    Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan - lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC.  Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.

    Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013?  Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang.  Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?

    *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 14 Jun 2011.
    Read More...
     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint